Wednesday, 14 October 2009

BAJAU - SAMA

Salam semua, post kali ni aku mau berkongsi tentang satu lagi perkara berkenaan dgn kaum Bajau di Sabah.Ia dtg dr seorang kawan yg secara tidak sengaja terbaca ttg artikel Sama ketika sdg sibuk mencari bahan utk thesisnya.Aku sendiri nda pasti samada dia taip balik artikel ni mengikut susunan kata dia sendiri atau pun dia cut n paste dan trus private msg aku di fb..Mari sama2 kita baca info yg aku baru tau pasal Sama...




Pengembara dari Barat menggunakan perkataan Bajau untuk semua komuniti yg hidup berasaskan laut di kepulauan Polynesia, yang merangkumi beratus-ratus etnik yang mempunyai persamaan dari segi budaya dan bahasa. (Macam juga kita panggil orang barat sebagai ‘orang putih’ – walaupun mereka berasal dari negara-negara berbeza, tapi masih ada persamaan dari segi budaya hidup).

Kewujudan komuniti Bajau sebagai pelaut, pahlawan dan pedagang yang handal sudah diiktiraf semenjak dari abad ke 14 lagi, sebelum era penjajahan!
Bila Melaka jatuh ke tangan Portugis di abad ke 16, komuniti Bajau menjadikan Brunei sebagai pusat perhubungan, pertahanan dan perdagangan! Kesultanan Brunei menggunakan komuniti Bajau untuk pertahanan di Sabah, jadi wujudla Kota Belud, Mengkabong, Inanam.

Apabila penjajah Barat meluaskan kawasan jajahan ke kepulauan Borneo, komuniti Bajau memberi tentangan yang hebat dengan menyerang kapal-kapal pedagang dan ketenteraan Barat. Sebab itu perkataan ‘Bajau’ digambarkan oleh penjajah sebagai komuniti lanun yang ganas, tidak bertemadun, tiada perikemanusiaan, jahat dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, komuniti ini la yang menjadi benteng pertama kemasukan penjajah Barat ke negara-negara seperti Indonesia, Filipina, Burma dan Indochina disebabkan oleh kehandalan komuniti ini dalam ilmu pelayaran, pertahanan dan perdagangan. Tapi yang nyata di Sabah, tanpa komuniti Bajau, Sabah mungkin sudah jatuh di tangan penjajah seawal abad ke 16 bersama dengan Melaka!!! Komuniti Bajau juga sangat berpengaruh di Sabah contohnya:- kebudayaan (musik tradisi, bahasa, ugama, makanan), politik – Mat Salleh (pejuang kebebasan, pahlawan), Datu Mustapha (bapa kemerdekaan), ADUN (25 Kerusi Bajau), Menteri Penuh Persekutuan (Bajau).

Mungkin juga sudah tibanya masa untuk perkataan ‘Bajau’ digantikan dengan ‘Sama’ sebab ‘Bajau’ sangat luas (ia merangkumi berbagai etnik dari Laut Andaman (Burma) hingga ke kepulauan Sulawesi) dan ‘Sama’ lebih melambangkan ciri-ciri tempatan di Sabah.
‘Sama’ juga bukan Melayu sebab komuniti Bajau sudah wujud sebelum kerajaan Majapahit, Melayu Champa, Kesultanan Melayu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. ‘Melayu’ bukanla bangsa tapi sama seperti perkataan ‘Bajau’ – Melayu cuma melambangkan satu rangkuman pelbagai etnik yang mempunyai persamaan bahasa dan budaya (akan dibincang di topic lain)

Menarik kan info ni? Aku ada tanya kwn ku tu dari mana dia dpt info ni..so dia kasi aku list url yg banyak memperkatakan ttg asal usul Bajau - Sama.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari21-01.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari/SARI26-07/sari26-2007[04]new.pdf
http://epress.anu.edu.au/apem/boats/mobile_devices/ch02.html
http://www.101cookingrecipes.com/malaysia-cooking-recipes/bajau-and-bajau-laut-sabah-malaysia.php
http://sssums.files.wordpress.com/2007/11/duang-the-semiotic-interpretation-and-perception-of-the-bajau-sama-community-in-sabah.pdf
http://abgbent.blogspot.com/2008/11/bajau-suluk-bajau-bannaran-dan-bajau.html
http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961
http://www.everyculture.com/East-Southeast-Asia/Bajau-History-and-Cultural-Relations.html


Kepada mereka yg rajin membaca...sila2 lah lawat url di atas...Salam!!!

-ArnabGumuk-

Tuesday, 6 October 2009

Tag Hari Raya Eidulfitri

Here are the rules..:-
1. Link to the person that tagged you and post the rules in your blog.
2. Share Raya facts about yourself.
3. Tag random people at the end of their post and include links to their blog.
4. Let each person know they have been tagged by leaving a comment in their blog.

1) Favourite hari raya song...
Named the singer and title of the song.. Find the song in youtube and post it here.
Sing along to the song as you answer the rest of the questions...






2) Happiest memory of hari raya

Sewaktu budak2 la..time tu mimang excited betul mau beraya..nda perlu fikir mau masak..buat kuih segala..dalam kepala tu mau bangun awal..mau pi salam mama bapa n pi sembahyang raya..baju raya sama sampin tu mmg sudah strika awal2..pastu pi sembahyang raya mau shoff off baju dan kasut baru..heheh..dan time tu jugak di Msia masi buli main mercun n bunga api..nah..apa lagi..malam raya tu mmg happeninggggggg main bunga api bah..hmm those dayss!!


3) Saddest hari raya....


Hmm rasanya tahun ni...ntah la..bila salam mama n bapa aku kan..sebaaaaaaak ja dada.mungkin pasal durang tu makin berumur, makin di mamah usia..alhamdulillah kami masih sempat beraya bersama..insyaallah masih dpt beraya bersama smpi aku kawin n beranak bercucu..amiin!


4) Worst hari raya habit....



Masa kecil2 dulu la..suka simpan kuih siput dlm pakit..pastu kan makan sambil jalan2 beraya atau main bunga api..mau dijadikan cerita..aku selalu tercampur mercun merah tu di pakit yg aku simpan kuih siput tu..so bila aku makan kuih siput tu rasa baal..hehehe..apa nda..serbuk mercun tercampur kuih siput tu..beloon bana2..hahah


5) Favourite kuih raya....



Tat Nenas



Kuih Siput



Mini Popiah




6) Favourite thing to eat during raya....

Ketupat


Rendang




7) A must have during hari raya....

Biskut raya


Juadah Raya



8) Normal first hari raya activities....

Bangun pagi mandi..paki baju raya, salam mama bapa, salam adik beradik dan salam sanak saudara sbelah mama n bapa dan melayan dorang smpiii la tengahri..kadang pernah smpi petang lagi..hehe

9) Mail or e-mails raya cards...

Mail la bah..bida betul jugak main email..teda sentimental value


10) Favourite raya movies...

Nda da..

11) When do you start shopping for raya...



Last minute la..baru best..sesak2 pastu murah..baru terasa mau beraya..hehehe(but sadly..i dun have any raya outfit this year..my budget went all to biscuits and foods)


12) Duit Raya .. a must have or not?



Itu budaya orang cina bah tu..org melaya la tu yg pandai2 kasi biasa anak durang dpt duit raya..dulu2 sini sabah manada duit raya..tp skrg ramai sudah amalkan budaya ni(org2 melaya jan marah aa)





-ArnabGumuk-

Monday, 5 October 2009

Ini kaaali la..



Salam semua rakan taulan sahabat handai dan pembaca budiman yg nda jemu2 menunggu aku update blog sama yg semakin sepi ni..hehe...post ni hanya pemecah kesunyian..tiada apa yg banyak sngt mahu diperkatakan..ramadhan sudah limpas..syawal pun tinggal minggu depan ja lagi..so mulai hari ni..Arnabgumuk bakal aktif berblogging semula..Ngagat jo kaam aa!!!

-ArnabGumuk-