Sunday, 21 September 2008

Aku dan anak2 didik ku

Pic2 ni student aku yg kasi..klu time mengajar aku ni kira vocal jugak la..silap sikit mimang aku mono' (marah)..tp pastu cepat sejuk balik..next week will be my final week instructing them in the kitchen..sedih jugak la nda lagi ngajar durang but at the same time happy pasal nda sudah terikat mau pi kerja..biarpun 2kali ja kelas seminggu,tp since aku juga supply brg2 dapur so kiranya da whole week pun ada ja mau buat.. overall this experience really mean a lot to me..kiranya win win situation la..budak2 tu dpt belajar benda baru dari aku n aku plak dpt belajar cemana mau handle budak2 undergraduate ni..nah, kamurang tinguk la beberapa gelagat kami yg sempat di snap di Le Chateau.


ini aku begaya2 ja..bukan aku yg masak pun..suma hands on..biar budak2 tu buat sendiri.



ini lepas habis sudah clearing..tetiba budak2 tu ajak begambar..aku on ja la



nah..hepi durang kan??tinguk la sepa yg ajar??hahahaha



yg ni si Mat yg pandai2 snap..tp kdg imperfect tu yg buat sesuatu tu jd perfect kan?? (itu pendapat aku ja la)



nah beginila rupa aku klu keja, mimang2 kuat bepeluh..urg gumuk kan..lumrah la tu.

nanti klu aku ada lagi durang snap pic, aku kasi post sini utk tatapan kamu aa..dan minggu ni jugak merupakan final week kita posa..so mmg tahun2 aku la urg paling sibuk (sibuk kcu urg buat keja hehehe) druma klu dekat2 raya.

salam muhibbah -ArnabGumuk-


Kreatifnyaaaaaaaaaaa...


Actly ada member aku email pic2 ni...lama sudah aku mau post sini..cumanya sibuk sikit akhir2 ni..enjoy the pic ya!!!



kalau pun nda sedap, aku ngap ja ni hehehe!!!



colour combination pun mmg superb!!



jelly ni yg outstanding bagi aku..very de la modern!!



kiut n gerammm btul aku tinguk kui2 ni.



mimang detail btul keja tangan drg kan??


dan semua di atas ialah MOON CAKE...klu urg cina punya skill aku SALUTE habis2 san...durang punya vegetable or fruit carving pun mmg amazing..kiranya bab2 seni ni susah btul kita mau lawan urg cina kan?
jumpa lagi!! -ArnabGumuk-

Sunday, 14 September 2008

Sungkai Di Opis Gg

Sabtu 13 Ramadhan 1400 Aku dan geng keras plan sungkai di luar buat kali ke dua utk bulan ramadhan ni..destinasi pilihan 1Borneo lagi..hehehe..fav place si Mael..kebetulan Gg minta ksi kawan pi opisnya kerana dia mau buat filing..almaklumlah..si kwn terima jwtan baru la katakan..so bnykla fail2 baru harus di kemaskini...(opis Gg dekat sma 1Borneo bah)

Kami sungkai di opisnya dulu then bergegas ke 1borneo..satu yg nda bes pasal 1borneo ni ialah kami nda tau dmana suraunya..jd lepas sungkai kami solat d surau opis Gg tu barula kami pi soru..heheheh..acara kegemaran aku..

Klu sblm ni makan d manhattan Mael blanja, New York New York Gg yg blanja dan kali ni aku plak yg belanja..Restoran pilihan kali ni ialah...



Ini kali kedua aku ke sini..yg 1st time tu sma makde.



Aku order Nasi Goreng Tom Yam.Rasanya sedap jg la tp ndala smpi tahap outstanding.A- la aku kasi.(ampunla pic ni nda berapa terang)



Gg plak order Nasi Goreng Penang.Aku lupa tanya Gg time tu smada rasanya sedp atau nda.Tp aku agak2 mimang kena dgn citarasanya cuz licin juga plate tu..heheheh



Pastu aku ada order side dish Omellete Oyster..euww sngt menyedihkan..nda sedap pun..tp aku tpksa kasi habis cuz mahal harganya.Heran aku chefnya tu, takkan la dia nda cek apa commis dia buat kan?



Mael plak pilih utk makan makanan buffet..rm28 ja..selection of food tu nda la meriah..cumanya lagi banyak ko buli makan dgn harga tu berbanding order a la carte.



Last sekali Gg order Cendol Durian..dia suggest aku utk try cuz bilangnya sedap keno'.Sekali aku try..ulkh!! indah kabar dari rupa..mmg la nmpk cantik n kebetulan satu2nya pic yg paling clear aku snap,tp rasanya amat menyedihkan. Lebih sedih dari kerang telur tu..Sudahla manis mau mati,pastu ketara durian tu yg packet punya durian dan yg paling menyedihkan cendol tu bah..ada ka keras..mcm baru kuar dari esbok ja..kin panas..pastu harga??? RM 8.90..Tantu2 la aku pi tg aru sana makan..murah dan portion pun besar..

Masa kami tgh2 makan, colleauge si Gg muncul bersama suami tercinta dan anak perempuan tersayang dia..tp aku nda la plak mau snap durg kan..nanti heran plak durang..



Bukan yg ni aa..hehehe..Ini hostess drg utk malam tu..mula2 aku snap malu2 kucing kenon dia..tp stlh si arnabgumuk pujuk, last2 mau juga dia beris senyuman yg agak2 fake..heheheh


Lebih satu jam jugak kami d sana..pastu mcm besa la..pi round2 1borneo..Mael n Gg shopping sakan..aku plak lebih kepada window shopping ja..Nov nanti mau pi kl jugak kan..pastu Dec mau celebrate bday d Jakarta..so rasanya bagus lagi shopping sana la.

Balik dari 1Borneo kami singgah Sunny.Aku pi beli barang utk buat biskut raya.Hmm 2minggu sudah kita posa kan??cepat tul masa tu berlalu..

Okla Se'!!!Palap Kaam!! -ArnabGumuk-





Saturday, 13 September 2008

Kepada Muslimin Wal Muslimat


SEJARAH AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s. a. w. bersabda,
' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....

http://www.mounthira.com/learning/ayat/alkursi/ayatulkursi/

selalu kita terlepas pandang perkara2 sebegini kan..dibulan yg mulia dan penuh rahmat ini marilah kita sama-sama mengamalkannya..InsyaAllah. -ArnabGumuk-