Sunday 26 July 2009

Yasmin Ahmad..semoga rohnya di cucuri rahmat!!


Aku pasti di ketika kamu membaca blog ni, rata2 kamu sudah tau akan pemergian Pengarah Tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad, Sabtu 25hb Julai 09 2325..Smemangnya kehilangan beliau bakal memberi impak yg besar dalam industri perfileman tempatan..Sepet dan Gubra merupakan karya agung beliau yg banyak membuka mata orang luar juga orang kita sendiri tentang kehebatan filem Melayu. Malah kedua filem ini merupakan antara filem tempatan kegemaran aku. Malang sekali Muallaf tidak dpt di tayangkan di Malaysia yg mungkin juga akan termasuk dalam senarai.

Pagi jumaat lepas ketika dalam perjalanan ke pejabat, aku mendengar berita beliau pengsan malam sebelum kerana serangan angin ahmar,lalu di bawa ke hospital dan keadaan beliau stabil pagi itu..Namun ajal maut semua di tangan tuhan, pagi tadi aku menerima sms dr seorang kawan di kl pukul 1pagi, memberitahu beliau sudah kembali ke rahmatullah. Untuk mendapat kepastian penuh aku terus menghantar sms ke seorang kawan lain yg sememangnya arif dalam dunia hiburan ini tentang kesahihan berita itu..Ya, Yasmin Ahmad sudah tiada..bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Buat pembaca blog yg beragama islam, marilah kita beramai2 bersedekah sekurang2nya Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya di cucuri rahmat..AL-FATIHAH..



-ArnabGumuk-

3 comments:

Hairie Otai said...

Al Fatihah buat Arwah Yasmin Ahmad.. semoga abadi di sana....

@LiYaNNuaR ツ said...

Al-Fatihah... takziah...

ArnabGumuk said...

smpi ke hari ini..aku masih x percaya kita telah kehilangan seorang rakyat malaysia yg sngt kreatif dan dedikasi...Al-fatihah