Wednesday 14 October 2009

BAJAU - SAMA

Salam semua, post kali ni aku mau berkongsi tentang satu lagi perkara berkenaan dgn kaum Bajau di Sabah.Ia dtg dr seorang kawan yg secara tidak sengaja terbaca ttg artikel Sama ketika sdg sibuk mencari bahan utk thesisnya.Aku sendiri nda pasti samada dia taip balik artikel ni mengikut susunan kata dia sendiri atau pun dia cut n paste dan trus private msg aku di fb..Mari sama2 kita baca info yg aku baru tau pasal Sama...




Pengembara dari Barat menggunakan perkataan Bajau untuk semua komuniti yg hidup berasaskan laut di kepulauan Polynesia, yang merangkumi beratus-ratus etnik yang mempunyai persamaan dari segi budaya dan bahasa. (Macam juga kita panggil orang barat sebagai ‘orang putih’ – walaupun mereka berasal dari negara-negara berbeza, tapi masih ada persamaan dari segi budaya hidup).

Kewujudan komuniti Bajau sebagai pelaut, pahlawan dan pedagang yang handal sudah diiktiraf semenjak dari abad ke 14 lagi, sebelum era penjajahan!
Bila Melaka jatuh ke tangan Portugis di abad ke 16, komuniti Bajau menjadikan Brunei sebagai pusat perhubungan, pertahanan dan perdagangan! Kesultanan Brunei menggunakan komuniti Bajau untuk pertahanan di Sabah, jadi wujudla Kota Belud, Mengkabong, Inanam.

Apabila penjajah Barat meluaskan kawasan jajahan ke kepulauan Borneo, komuniti Bajau memberi tentangan yang hebat dengan menyerang kapal-kapal pedagang dan ketenteraan Barat. Sebab itu perkataan ‘Bajau’ digambarkan oleh penjajah sebagai komuniti lanun yang ganas, tidak bertemadun, tiada perikemanusiaan, jahat dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, komuniti ini la yang menjadi benteng pertama kemasukan penjajah Barat ke negara-negara seperti Indonesia, Filipina, Burma dan Indochina disebabkan oleh kehandalan komuniti ini dalam ilmu pelayaran, pertahanan dan perdagangan. Tapi yang nyata di Sabah, tanpa komuniti Bajau, Sabah mungkin sudah jatuh di tangan penjajah seawal abad ke 16 bersama dengan Melaka!!! Komuniti Bajau juga sangat berpengaruh di Sabah contohnya:- kebudayaan (musik tradisi, bahasa, ugama, makanan), politik – Mat Salleh (pejuang kebebasan, pahlawan), Datu Mustapha (bapa kemerdekaan), ADUN (25 Kerusi Bajau), Menteri Penuh Persekutuan (Bajau).

Mungkin juga sudah tibanya masa untuk perkataan ‘Bajau’ digantikan dengan ‘Sama’ sebab ‘Bajau’ sangat luas (ia merangkumi berbagai etnik dari Laut Andaman (Burma) hingga ke kepulauan Sulawesi) dan ‘Sama’ lebih melambangkan ciri-ciri tempatan di Sabah.
‘Sama’ juga bukan Melayu sebab komuniti Bajau sudah wujud sebelum kerajaan Majapahit, Melayu Champa, Kesultanan Melayu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. ‘Melayu’ bukanla bangsa tapi sama seperti perkataan ‘Bajau’ – Melayu cuma melambangkan satu rangkuman pelbagai etnik yang mempunyai persamaan bahasa dan budaya (akan dibincang di topic lain)

Menarik kan info ni? Aku ada tanya kwn ku tu dari mana dia dpt info ni..so dia kasi aku list url yg banyak memperkatakan ttg asal usul Bajau - Sama.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari21-01.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/sari/SARI26-07/sari26-2007[04]new.pdf
http://epress.anu.edu.au/apem/boats/mobile_devices/ch02.html
http://www.101cookingrecipes.com/malaysia-cooking-recipes/bajau-and-bajau-laut-sabah-malaysia.php
http://sssums.files.wordpress.com/2007/11/duang-the-semiotic-interpretation-and-perception-of-the-bajau-sama-community-in-sabah.pdf
http://abgbent.blogspot.com/2008/11/bajau-suluk-bajau-bannaran-dan-bajau.html
http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961
http://www.everyculture.com/East-Southeast-Asia/Bajau-History-and-Cultural-Relations.html


Kepada mereka yg rajin membaca...sila2 lah lawat url di atas...Salam!!!

-ArnabGumuk-

4 comments:

Hairie O said...

cool....

ArnabGumuk said...

indeed!!!

Anonymous said...

mohon share dinakan~

ArnabGumuk said...

andang untuk di share tu dinakan..