Tuesday, 2 March 2010

Dayang Noraini Datuk Haji Awang Sahari



Sejarah Bermulanya Karier DayangNoraini sebagai Penyanyi.


Dayang Noraini secara luarannya adalah seorang yang lincah, periang dan suka mengusik rakan-rakannya. Sebagai anak bungsu di dalam keluarga, sikap keanak-anakannya memang sudah difahami oleh semua yang mengenalinya.


Semenjak dari usia seawal 3 tahun, beliau telah didedahkan dengan program televisyen berbahasa Inggeris oleh ayahnya, atas sebab ingin menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dan memahirkan diri dari peringkat awal lagi. Filem-filem Inggeris, program bersiri semuanya di dalam bahasa tersebut. Tanpa disedari, beliau lebih cenderung memilih program yang bercorak muzikal. Antara program yang sangat diminati adalah, ‘The Donnie and Marie Osmond Show’ dan ‘Sha Na Na’. Dengan mudah, DayangNoraini mampu menyanyikan semula lagu-lagu yang dinyanyikan setelah mendengar dan menonton lagu-lagu yang didengarinya dengan baik sekali.


DayangNoraini membesar seperti kanak-kanak lain. Semasa di sekolah rendah, beliau memang suka menyanyi dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam aktiviti-aktiviti kesenian. Pernah semasa berada di dalam darjah 5, beliau masuk bertanding secara curi-curi tanpa diketahui oleh keluarga kerana takut mendapat halangan. Ketika itu, lagu ‘Dia’ oleh Sheila Majid menjadi pilihan dengan diiringi gitar tong yang dimainkan oleh tukang kebun sekolah tersebut.


Di sekolah agama, beliau sering dipilih sebagai penyanyi solo bagi kumpulan nasyid mewakili sekolahnya. Pembabitan beliau sebagai penyanyi solo kumpulan nasyid adalah secara kebetulan, apabila sering ‘mengintai’ kumpulan yang sedang berlatih bagi pertandingan yang akan berlangsung. Suara beliau yang ‘terlebih kuat’ telah didengari oleh jurulatih kumpulan tersebut. Jurulatih tersebut seterusnya mempelawa DayangNoraini yang baru berumur 9 tahun menyertai kumpulan tersebut. Dari hari itu juga, beliau telah dipilih menjadi penyanyi solo kumpulan nasyid sekolahnya dan memenangi banyak pertandingan. Ayahanda tercinta, allahyarham Datuk Haji Sahari telah banyak memberikan tips dan tunjuk ajar dalam selok belok nyanyian dan juga gubahan lagu nasyid.


Semasa di sekolah menengah pula, bakat nyanyian beliau terpendam begitu sahaja. Memandangkan zaman ‘sekolah agama’ telah berakhir selepas tamat darjah enam, beliau tidak lagi aktif bernasyid. Ayahanda tercinta merupakan seorang yang dihormati di kalangan masyarakat pada ketika itu, oleh itu kegiatan nyanyian yang bukan berunsur dakwah tidak mendapat galakan dari beliau. Ada pun beliau mendapat kebenaran kerana menyertai kumpulan koir sekolah. Itupun menyanyi secara beramai-ramai. Tetapi beliau tetap berpuas hati kerana telah diberikan peluang tersebut. Pernah sekali DayangNoraini menyertai pertandingan nyanyian berkumpulan untuk Bakat Interact (tahun 1990). Penyertaan itu juga telah dibuat secara curi-curi dek takutkan keluarga. Kumpulan tersebut telah menyanyikan dua buah lagu, iaitu ‘Mr Postman’ dan sebuah lagi lagu yang telah dinyanyikan olah Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kumpulan tersebut telah mendapat tempat naib johan.


Selepas tamat S.P.M., Dayang Noraini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah institut perguruan tempatan di Sabah. Kedudukan yang agak jauh (pantai timur Sabah) telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh beliau untuk melakukan aktiviti kegemarannya iaitu menyanyi dan bersukan. Beliau sangat aktif di dalam kumpulan koir maktab, begitu juga mengambil bahagian di dalam pertandingan menyanyi dan juga acara sukan peringkat maktab. Beliau pernah memenangi hadiah yang berupa botol air plastik sebagai johan pertandingan tersebut. Selama dua minggu berturut-turut beliau ‘mengusung’ hadiah kemenangannya itu.


Semasa dalam semester akhir pengajian (1996),DayangNoraini menjadi semakin berani. Berbekalkan kata-kata semangat dan galakan oleh seorang rakan sekelas yang telah mencungkil bakat beliau, DayangNoraini telah memberanikan diri menyertai satu pertandingan karaoke yang dianjurkan di Sandakan. Penyertaan tersebut telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan sekelas dan semaktab yang juga menghadiri pertandingan tersebut.


Bermula dari saat itu, DayangNoraini telah banyak menyertai pertandingan karaoke di sekitar nagari Sabah. Sampailah pada tahun 1998, beliau telah menyertai ujibakat Sinaran Passport Kegemilangan musim ke-6 anjuran TV3 yang telah membawa beliau ke peringkat kelayakan, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir. Lagu ‘Menghitung Hari’ yang menjadi taruhannya telah mengangkatnya sebagai Juara. Beliau juga telah menggondol hadiah bagi Persembahan Terbaik.


Di bawah syarikat Ambang Klasik, DayangNoraini berserta lima finalis lain telah di tawarkan menghasilkan album kompilasi Puteri-puteri Sinaran (1998) dan Puteri-puteri Sinaran 2 (1999). Sebanyak dua buah lagu telah dinyanyikan dalam setiap album.


- ALBUM Puteri Sinaran I (2 Lagu : Cinta Kita & Kilauan Bintang) 1998

- ALBUM Puteri Sinaran II (2 Lagu : Inikah Asmara & Impian ) 1999

- ALBUM DayangNoraini bertajuk : DayangNoraini – March 2010

Mengandungi 6 lagu berentak (3) Balada & (3) Progresif Rock

Lagu2 dan lirik ciptaan Ku Sham , Rafiqa Roslee, Manan Ngah & Dayang Noraini sendiri .

P/s : DayangNoraini yang tulis ni



Profile

Name : Dayang Noraini Datuk Haji Awang Sahari

Stage Name : Dayang Noraini’

Date of Birth : 7th March

Place of Birth : Kota Kinabalu, Sabah.

Height : 154 cm

Weight : 43 kg

Hobbies : Dancing, travelling & swimming

Type of Songs : Pop, RnB, Ballad, Rock & Jazz

ABOUT DAYANG NORAINI

Champion & best performance of Sinaran Passport 6 (Tv3), recorded 2 compilation albums (puteri sinaran) & Performed in Newcastle, Sunderland & Manchester (2003 - 05).

A versatile singer/entertainer that can handle the audiences in Bahasa and English comfortably. An energetic performer, beautiful voice and a very good dancer, DayangNoraini can always get the crowd going any day.

DAYANG’S DINNER GIG REPERTOIRES

Various type of songs such as : I will survive , Autumn Leaves, Unforgettable, Summertime, Strangers in the night, Girl from Ipanema, Akhirnya kini pasti , Ironic , Wherever whenever , I can’t get you out of my head , Get the party started , Complicated , Kasih, Saving all my love , Mencintaimu , Baby one more time , I wanna dance with somebody , That’s the way it is, Tiada Lagi and many more …

Latest Repertoire such as: I’m alive, Umbrella, Kau teristimewa, Sweet escape, Mercy & Yue Liang Dai Biao


Singing Experiences

MALAYSIA & INDONESIA

  1. Won a champion title in a singing competition organised by a popular tv programme (Sinaran Passport Kegemilangan-TV3) in 1998. Won the Best Performance title as well.

  1. Cut two compilation albums under the recording label of Ambang Klasik Ltd.

i- Puteri-Puteri Sinaran (Dec 1998) - 2 songs

ii- Puteri-Puteri Sinaran II (Oct 1999) - 2 songs

  1. Had done numerous singing jobs, including dinner functions, concerts, stage shows etc in Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Ipoh, Kota Bharu, Seremban, Melaka, Kuching and Johor Bharu.

  1. One of the resident singers for Malaysian Ministry of Education Orchestra which performs annually since 1999 to 2003 for the Royal Concert at Istana Budaya and PWTC.

  1. Won many karaoke singing competitions from 1994-1999 (Best Vocal, Best Performance, Best Dress).

  1. Performed in a few T.V. programmes such as Sampaikan Aidilfitri 98, Konsert Puteri Sinaran 99, guest artist for Juara Lagu 98/99, Konsert 31 Ogos 2001(TV3) and J.A.Z (Astro).

  1. One of the singers for a charity show organised by Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu (1999).

  1. Recorded a theme song for a telemovie (RTM) in 2001.

  1. Numerous singing, dinner functions & stage shows in Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan, Langkawi, Penang & Genting. ( 2004- 08)

  1. 6 Month contract, singing with Indonesian band at Nirwana Garden (a 5 star resort) in Bintan Island, Indonesia (Dec 2004).

  1. Recorded numerous jingles n corporate songs at Nada Studio such as: Lulaby-Slumberland, Vesta-Explosion Control System, Ulik Mayang – Beautiful Trengganu and many more (2005 - 07) .

  1. Guest singer for a Majlis perasmian bangunan Fakulti Uni. Pendidikan Sultan Idris . Back-up by the 60 pax Pop Orchestra and performed in front of DYMM Sultan Perak (March 05).

  1. Guess singer for UPSI Orchestra for concerts in Uni Malaysia Terengganu (UMT- 2007) & IN Uni Malaysia Sabah (UMS – 2008)






ALBUM SOLO DayangNoraini [2010]

1. Album self title, bertajuk DayangNoraini.

2. Mengandungi 6 lagu & kesemuanya didalam Bahasa Melayu. Rentak lagu-lagu ialah Progresif Rock & Balada [3 Rock & 3 Ballad].

3. Diantara Komposer dan penulis lirik yang terlibat ialah Ku Sham [2 lagu], Rafiqa Roslee [3 lagu] & composer terkenal tanahair, Manan Ngah [1 lagu].

4. Lagu-lagu dirakamkan sepanjang 3 tahun yang lepas di UK, Kuala Lumpur & Kota Kinabalu, Sabah.

ROCK

I-HIPO HIPOKRIT [2008] KL – Komposer & lirik : Ku Sham, Rafiqa Roslee & Zaira

II-SESAYUP [2009] KL – Komposer & Zaira : Ku Sham

III- KELAWAR O’ KELAWAR [2007] UK – Komposer & lirik : Rafiqa roslee, DayangNoraini & Emmelyne Forman

BALLAD

V- KAU TAK AKAN PERNAH TAHU [2010]KK,SABAH – Komposer & lirik : Rafiqa Roslee & DayangNoraini

IV-SELAMAT ULANGTAHUN MU [2009] KL – Komposer & lirik : Rafiqa Roslee

VI- DEMI DEKAT PADAMU [2007] KL – Komposer & lirik: Manan Ngah

5. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh DayangNoraini Production dan diedarkan oleh Sky-Laser [ Skylin Enterprise Sdn. Bhd.

6. DayangNoraini baru sahaja selesai proses penggambaran video klip 2 lagu iaitu lagu KELAWAR O’ KELAWAR & KAU TAK AKAN PERNAH TAHU. Kedua-duanya sedang dalam proses editing dan dijangka siap pada 6 March 2010.

7. Video klip ini akan juga ditayangkan dan dilancarkan bersama album DayangNoraini pada 6 March 2010 bertempat di Kelab, RazzMaTazz, KK. Bermula jam 9.30pm. DayangNoraini akan membuat persembahan secara LIVE bersama para pemuziknya Body & Soul & penyanyi latarnya Soul Singers.

8. Album DayangNoraini ini berada di pasaran bermula 1 March 2010. Dijual di seluruh Sabah, Labuan , Sarawak & Kuala Lumpur.



video

12 comments:

Anonymous said...

lama tak dengar cerita dia ni..igtkan dah tak nak nyanyi..

Sore dia mmg unik dah best. ermm lagu dia yg baru ni pun sedap.. cuma tak sure le video clip tu sesuai di tayangkan di TV atau tak..

Nanti carik album dia.. ^^

Hairie KL

ArnabGumuk said...

itu bukan vclip official klu tak silap..tp lagu ballad dia mmg best!!

Beruang Madu said...

Wahhh kebetulan sangat hari ni hari jadi dia... SELAMAT HARI JADI DAYANG NORAINI...

kenang daku dalam doamu yer...

ArnabGumuk said...

tu yg dia buat launching on her bday's eve...

Nakata_Gurl said...

Wah!! So nice of you guys la . Tq for da support k :)

Nakata_Gurl said...

& so very nice of you la Arnab Gumuk & tq AGAIN for da support ya guys :)
DN

huzaime said...

hi you reallly have a nice blog..
keep up a good work..
feel free to visit me if you want to shop korean clothing online

huezmie said...

hi you reallly have a nice blog..
keep up a good work..
feel free to visit me if you want to shop korean clothing online

huezmie said...

hi you reallly have a nice blog..
keep up a good work..
feel free to visit me if you want to shop korean clothing online

+Aira+ said...

Airs di sini~ I remember I was just 14 when Auntie Dayang took me n my big sister swimming at Nunsmoor Part kat Newcastle dulu~ Rindu~~~ I've listen to Auntie Dayang's new album and it's so heartwarming~<3

+Aira+ said...

I wuz just 14 when Aunti Dayang took me n my big sis swimming at Nunsmoor Park in Newcastle dulu~ Idk if she still remember us though~ we were so young~ I've listened to Auntie Dayang's new album and it's wonderful!

ArnabGumuk said...

huezmie..thank you!!

aira - thank you!!