Kisah Sepasang Suami Isteri dengan anaknya_Harus Baca Nie !!!!
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak
tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian
di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di
luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum
pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah
yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak
tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.
Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar
merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan,
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah
kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap
pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia
menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan
pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.."
katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan
ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si
anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan.Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah..Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita
sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung
seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur
jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Jutaan terima kasih buat Aslam Ahmad atas cerita ini..Buat pembaca blog aku yang budiman rajin2 la visit blog Aslam Ahmad.
p.s ampun beribu ampun kerana nda sempat tunggu ko izinkan aku secara sah utk share cerita ni dlm blog aku!

-ArnabGumuk-
4 comments:
Bangsat... tak tahu apa nak kata... sepatutnya bapa tu bertanggungjawab dan menyerah diri kepada polis dan dihukum bersama sama ibunya sekali... kalau ini kisah benar, siapa kah ibu bapanya...
Patut lah ramai anak dilarikan pemabntu rumah... bapak macam SETANNNNN!!!!
tak tau la plak citer benar or rekaan..tp mmg menyedihkan la citer ni..sama2 la kita ambil iktibar
Opsss, not a good story, patut ambik teladan
waah!! sedihnya..
klu buat cerekarama.. meruntun air mata makcik2 dan kakak!!..
pedoman buat semua yg sudah mempunyai keluarga..
Post a Comment