Thursday, 27 November 2008

Assalamualaikum...

Sori la mau dekat seminggu sudah baru meng update blog ku ini..bukannya apa, nda da perkara yg menarik mau d critakan..lagipun entry2 aku sebelum ni kebanyakannya cut n paste ja..so mau kurangkan entry2 gitu unless mmg betul2 perlu di kongsi bersama.

Dua hari lepas aku sibuk catering..biasanya aku cam ni la, sehari sebelum event lagi mmg kratai2 sudah pi membeli brg2..penat memang penat tp hasilnya berbaloi..bukan senang mau jadi senang kan?? catering request tu datangnya dari kawan lama yg mau celebrate birthday nya yg jatuh pada 26th Nov..tp dia awalkan sehari..siapa dia tu nda penting, yg aku mau kasi cerita sini pasal menu yg dia order..

Ini tahun ketiga berturut2 sudah dia minta aku masak utk bdaynya, so kira my loyal customer la ni..dan seperti biasa dlm menu dia tu mesti ada beef ball n mini cheese skewer..yang SODIHnya..pic2 yg aku snap malam tu amat la menyedihkan...mmg la aku tau kita ni nda buli harap sngt cam hp kan, tp selalu klu di edit2 ok jg hasilnya..cuma kali ni nda seperti yg di harapkan..bah kamu paksa2 la enjoy tinguk pic2 ni aa..berabis sudah aku edit ni..huhuh

MENU

Seafood Fried Vermicelli Noodle
xxx
Chicken Boxing
xxx
Beef Ball with Homemade BBQ sauce
xxx
Steamed Chicken Cocktail
xxx
Pineapple, Red Capsicum n Cheese Mini Skewer
xxx
Homemade Fruit Cake



Buffet counter yg nda la se grand caterer yg sdh established.



Seafood Fried Vermicelli Noodle



Chicken Boxing



Beef Ball with Homemade BBQ sauce


Pineapple, red capsicum & cheese mini skewer


Pic2 yg lain tu mmg nda buli di selamatkan cuz tlampau tinggi noise dia..event habis kira2 kul 12am..ya la..start pun kul 9.30pm kan..smpi rumah kul 2 pg..pastu bukan buli tidur terus..barang2 tu terpaksa cuci..hmm..penat yg amat..tp semuanya tu hilang bila dpt payment dan teringat compliment orang thdp masakan aku tu..

Ini yg buat aku enjoy freelance catering ni..birapun penat..tp hasilnya berbaloi..dan yg paling bikin hilang penat tu bila ko nampak org enjoy makan masakan ko..nda perlu pun mau jumpa aku n cakap 'eh sedap oh ko masak'...nampak seja menambah dua kali tu sudah cukup puas hati..dan yg best lagi freelance catering ni semua kerja aku buat..aku la bos..aku la kuli..dapat payment..makan sendiri2..heheheh

hmm..bah begitu la cerita aku kali ni..klu ada yg best2 lagi berlaku dlm masa terdekat ni..aku crita sma kamu ya..palap kaam!!

-ArnabGumuk-

Thursday, 20 November 2008

Baru la aku tau kisah sebenarnya...

Asal Usul Bajau

Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.


Bajau Darat


Bajau Laut


Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

Kini masyrakat Bajau terpencar-pencar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing – kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia.

Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.


Antara contoh kuih2 tradisional dan hasil kraftangan masyarakat Bajau Darat (Samah)


Terimah Kasih tak terhingga buat Badan Galak Pusaka atas kajian ini dan juga our international award-winning photographer based in the picturesque east Malaysian state of Sabah, Mr Louis Pang for his marvellous pictures.



-ArnabGumuk-

Wednesday, 19 November 2008

Tercipta Untukku



Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
Membuatku terdiam dan terpaku,
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku, oohh...

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu...

reff:

Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku,

Meski waktu akan mampu,
Memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu,
Ku selalu milikmu,
Yang mencintaimu,
Sepanjang hidupku...


Sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai,
Dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati...

repeat reff



-ArnabGumuk-


Monday, 17 November 2008

U GUYS MUST WATCH THIS!!!

Berabis la bah aku ketawa tinguk gaya justin sini!!hahahahahah..si justin bkn pun dlm list artis jemputan tu..so semua audience tkejut gila..baru kena siar semalam di Saturday Night Live. Enjoy!!!!!!!





ini version yg kena edit sudah..yg ori tu nda da sudah di youtube..

-ArnabGumuk-

Sunday, 16 November 2008

"My 7 Dream Cars"

Alalala..kena tag lagi aku oleh Makde, tp demi utk tidak menghampakan Makde ku yg baik hati tu..aku sahut la tag nya juga.

Here are the rules:
1. The title of your entry must be "My 7 Dream Cars".
2. Add a link to the person who tagged you. (mimang sblm dia tag pun aku sudah link dia ba)
3. List your 7 dream cars [preferably with pics of those cars].(actly part ni yg kin malas....mau mencari pic2 kreta tu..hmmmm)

Nah ini la list kereta2 idaman ku tu ;

1. Bugatti Veyron
(ni mati idup balik pun belum tentu aku mampu beli..huhuhu)






2. Mercedes-Benz-GLK-Class
(mimang kelassss!!)



3. LC PRADO TX Limited Edition



4. Rav 4 2009



5. Toyota FJ Cruiser
(siok ni klu travel jauh2)



6. Ssangyong Rexton II



7. Myvi S.E
(yg ni la dream car paling2 mampu aku beli..tp itu pun nda tau la bila.doakan aku durian runtuh nex year ya! Amiiin!)



4. Tag at least 7 other bloggers. (rules num 4 ni yg malas aku mau buat tau..bukan apa..kesian urg yg kena tag tu bah mencari pic2 kreta idaman durang tu..aku ni ambil masa dua hari juga oo pi cari2 pic yg ok2 skit..bah, sepa2 yg mau nyahut tu...pandai2 la kamu aa)

Duuuuuuuu!!!

-ArnabGumuk-

dgn rela hati si Mohd Fairus Khafiz bin Khalid mintak aku tag dia..ur wish has been granted!!

Saturday, 15 November 2008

As I've Matured....

I've learned that you cannot make someone love you. All you can do is
stalk them and hope they panic and give in...



I've learned that one good turn gets most of the blankets.



I've learned that no matter how much I care, some people are just
jackasses.



I've learned that it takes years to build up trust, and it only takes suspicion, not proof, to destroy it.




I've learned that whatever hits the fan will not be evenly distributed.



I've learned that you shouldn't compare yourself to others -

they are more screwed up than you think.



I've learned that
depression is merely anger without enthusiasm.






I've learned that it is not what you wear; it is how you take it off.


I've learned that you can keep vomiting long after you think you're finished.



I've learned to not sweat the petty things, and not pet the sweaty things.




I've learned that ex's are like fungus, and keep coming back.



I've learned that I don't suffer from insanity, I enjoy it.



I've learned that we are responsible for what we do,

unless we are celebrities.




I've learned that artificial intelligence is no match for natural
stupidity.





I've learned that 99% of the time when something isn't working
in your house, one of your kids did it





I've learned that there is a fine line between genius and insanity.



I've learned that the people you care most about in life are taken from you too soon and

all the less important ones just never go away. And the real pains in the ass are permanent.




It is sooooooooooooo true isn't it??

apa2 pun, tu dia ikur arnab cuddling2 tu yg paling kiut..hehehe..duuuu

-ArnabGumuk-

Thursday, 13 November 2008

Nda da kamera masa di KL...

Memang sangat enjoy la trip aku yg baru2 ni, selain drpd dpt bercuti dgn geng keras, geng2 aku sana pun hampir hari2 entertain aku jenjalan dKL..kami pi Ikea la, pi William la (Shah's Ramblings), pi Putrajaya la, pi Pavillion la (Shah's Ramblings), pi Petaling Street la, pi sana la, pi sini la...tp yang SODIHnya aku nda da kamera..paling2 cam hp 2mp ja..but guess what??..bila aku upload pic2 yg aku snap antam2 ja time dsana tu, cantik plak hasilnya (setelah di edit sikit2 la)..nah kamu tinguk la aa..



View dr bilik aku Cititel Express ..time ni mau ujan..



Santik jugak la kan



Ini la 1st time aku pi KL view dia gini clear..selalu penuh dgn jerebu ja manjang



Trus aku pandai2 kasi frame guna photo edit hp..hahahaha



Cuba teka Kenko ni tmpt apa??



FISH SPA..hehehe..masa mula2 kasi masuk kaki dlm pool ni..trus kena kerumun dek ikan kecil2..aalalalala punya la geli..tp pas few minutes..ok sudah..kamu tau juga kan kebaikan fish spa ni?nda payah la aku xplain sini.



pas try ikan kecil, aku n kawan aku tu gi try yg besar skit..sekali kasi masuk kaki..berabis tul aku ketawa ba..smpi urg putih yg tengah berspa time tu pun tinguuk ja sma aku..hehe...yg ini yg paling geli aku rasa..mau dekat 5minit jugala aku ketawaaaaaaaaaaaaaaaaa ja bila ikan2 tu brenang2 bawah tapak kaki..so kepada mereka yg ingin mencuba tu..pi la sendiri aa..di Pavillion..mmg fresh trus kaki pas spa ni..



ini shot dlm LRT..sepanjang aku sana,Monorail n LRT la main transportation aku..nda mau kasi susah kawan ba (kunun!!)..lgpun kamu tau la KL tu kan...dia punya traffic jam tu kdg2 nda masuk akal..namun apa yg kurreng bila naik public transportation ni bila sudah tlampau ramai urg masuk skaligus..nah!!!merasa la aku cium bau perfume organik..mau pingsan aku ba time tu..kamu tinguk babu yg dlm pic tu..dia pun mengomplen kan??heheheh



Eh??ini rumah sepa aa??sepa dapat teka??garang btul jugak feature wall rumah ni kan??tp overall rumah ni mmg cantik!!ala d ala Bali..or should i say NUSANTARA??hehe..klu la aku ada rumah sendiri kan siokk...memasaaaaaaak ja kerja aku hari2 n panggil sedara mara n kwn2 dtg makan!!hahaha

bah itu ja la nukilan aku buat hari ni..Sampai Ketemu Lagi Ya..Kapan??Aku juga nggak tau kapan!!Kain Kapan aku tau la..hahaha..duuuuuuuuu

-ArnabGumuk-

Tuesday, 11 November 2008

Renungkanlah...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..




-ArnabGumuk-

Monday, 10 November 2008

First and Best Wishes Say Hello to 2009


2008 is going to finish, now we need to face 2009



There maybe risks involved



We may need to face roadblocks



So stay alert and share times with friends



Jump over obstacles with care



Be caution when facing the challenges



Remember to laugh and don't forget to cooperate



Discover new things and try to make friends



Above all..be ready for adventure and always stick together



And you will be able to go far



Very far...but not that far



Always take the time to smell the flowers and don't forget to relax and ENJOY!!



And never forget those who really loves you very much!!!


-ArnabGumuk-