Thursday 20 November 2008

Baru la aku tau kisah sebenarnya...

Asal Usul Bajau

Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.


Bajau Darat


Bajau Laut


Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

Kini masyrakat Bajau terpencar-pencar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing-masing – kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia.

Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.


Antara contoh kuih2 tradisional dan hasil kraftangan masyarakat Bajau Darat (Samah)


Terimah Kasih tak terhingga buat Badan Galak Pusaka atas kajian ini dan juga our international award-winning photographer based in the picturesque east Malaysian state of Sabah, Mr Louis Pang for his marvellous pictures.



-ArnabGumuk-

13 comments:

FK said...

Bagusla info ni, bro, nak tanya, camner nak dapt code untuk masukkan chat tu??? Try guna tapi banyak tak leh. Pastu , iklan kat tepi tu camner dapat? Nuffnang gak?

ArnabGumuk said...

khapeace - iklan yg mana??yg bulat gerak2 tu aku cut n paste..click je klu nak pastu ikut arahan seterusnya..yg chatbox tu pun sama..click kat shoutmix tu then ikut arahan seterusnya..

Gidong said...

wah info pasal asal usul dusun kb mana ? hohoho

PUTUBAMBU said...

AG.. awak org Bajau ke?

detail betul info kat sini..
tq ye..

ArnabGumuk said...

gidong - owh itu terpaksa ko yg cover la since blog ko ada entry cakap dusun kan..heheheh

putubambu - a'ah..aku dpt maklumat ni pun hasil dr research org..selama ni bukannya tak tau..tp tak la sedetail ni..bagus utk kita semua kan?

mzn said...

wah nice article la bro...very informative and buli la buat kajian etnik mengkhusus kpd bajau...so ble la enrol postgrad paksu ni ;)

ArnabGumuk said...

mzn - bagus jugak suggestion makde tu..but i think i want to stick to what im doing now..tinggal lagi mau kasi up ja lagi sket!!

nadzallihoo said...

bangsa bajau adalah bangsa asli bagi bangsa yang mana pada hari dikenali bangsa melayu. seluruh nusantara adalh negara bangsa ini.bangsa bajau adalah bangsa mala atau dalam bahasa bajau ah'ah malak'...bangsa mala adalah bangsa keturunan sitti keturah yang mana gadis ini adalh isteri nabi ibrahim .

nadzallihoo said...

pada arnabgemuk terukan buat pengkajian berkaitan bangsa bajau.

nadzallihoo said...

bila ada perbincangan berkaitan bangsa bajau saya harap dapatlah saya memberi ulasan atau fakta berkaitan bangsa bajau

Mohamad Hairie bin Rabir said...

aku anak bajau asli asala Tuaran, Tq for this post..saya masukkan artikel ni dalam blog saya boleh ka? http://ilmu-pengabdian.blogspot.com

Unknown said...

AG,
Saya yakin dengan info saudara berkenaan asal usul orang-orang Bajau.
Jelas mereka berkait dengan Melayu. Di FB masih wujud individu yang membantah wujudnya kaitan orang-orang Bajau dengan Melayu
Harap saudara terus menulis.

ArnabGumuk said...

Terima Kasih kepada semua yg sudi membaca blog sy ini..sy akan teruskan mengkaji ttg asal usul kita